Alltec Corporation
Alltec Corporation adalah sebuah syarikat terkemuka di dalam merekabentuk, merekacipta, menghasilkan, memasangan sistem pembumian, Sistem Transient Voltage Surge Suppression atau (SPD) dan sistem perlindungan kilat menyeluruh. Ditubuhkan pada 1991, kami pakar dalam mencipta teknologi baru,meningkatkan kualiti produk dan sentiasa meningkatkan mutu sistem perkhidmatan pelanggan kami. Sebagai “Solution Providers for an Energized World,” kami menawarkan perlindungan menyeluruh dalam penyelesaikan masalah berkaitan sistem pembumian, perlindungan kilat dan kualiti bekalan elektrik.
“Misi kami adalah untuk memberikan yang lebih baik dari apa yang klien kami harapkan dengan bantuan keberkesanan produk dan servis kami yang berkualiti. Kami memperolehi kemampuan dan kepakaran sebegini di atas sebab kemitmen kami dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan bagi mencapai tahap kepuasan klien kami”.
--Presiden Christopher Bean
Perlindungan Piramid Alltec @ The Alltec Protection Pyramid
The Alltec Protection Pyramid
Alltec Protection Pyramid menawarkan proses pendekatan 3 langkah untuk sistem perlindungan kilat luaran, “surge suppression” dan penyelesaian permasalahan sistem pembumian. Konsep kami bermula dengan berpandukan standard, “single-point” nilai sistem rintangan pembumian yang rendah dan nilai pembumian ber“impedance” rendah. Langkah seterusnya adalah mengawal selia voltan, arus dan frekuansi yang tidak seimbang. Dan akhir sekali merekabentuk sistem perlindungan kilat bagi mengatasi gangguan akibat kilat sambaran terus.
Sistem Pembumian
- TerraDyne Electrolytic Grounding System
- TerraFill Low Resistance Grounding Backfill @ Komposisi tanah berintangan rendah
- TerraBar busbar
- TerraWeld Sistem “exothermic welding”
Surge Suppression
- PowerTripTransient Voltage Surge Suppression or Surge Protective Devices )
Lightning Protection
- TerraStatCharge Dissipation Terminals
- TerraStreamer Early Streamer Emission Terminals (ESE)
Solution Providers for an Energized World
Sistem TerraEval adalah kejuruteraan Penilaian menyeluruh dalam merekabentuk sistem pembumian yang memenuhi atau melebihi dari spesifikasi sepatutnya. Jurutera terlatih menjalankan kerja penilaian di tapak projek bagi nilai rintangan bumi dan sistem pembumian yang mengambil kira keadaan sebenar di tapak projek.
Jabatan kejuruteraan kami merekabentuk rangka penilaian dan mendokumentasikan bacaan tersebut dengan cara tersendiri berpandukan spesifikasi sebenar di lokasi yang telah menjalankan pemeriksaan. Dengan menggunakan produk yang berkualiti tinggi, pengurus projek dan Jurutera bekerjasama dengan pelanggan bagi menghasilkan spesifikasi terbaik dan kos yang berpatutan.
Kilang kami menghasilkan TerraDyne Electrolytic Grounding System yang mana mengutamakan penggunaan bahan kimia mesra alam yang dapat menghasilkan produk yang sangat stabil, nilai rintangan buminya yang rendah, dan jaminan selama 30 tahun. Elemen yang penting dalam sistem TerraDyne adalah TerraFill. TerraFill adalah campuran karbon yang mempunyai tahap nilai rintangan yang rendah yang mana tidak dapat diatasi oleh mana-mana “grounding backfill” yang lain.
Kami juga merekabentuk dan mengeluarkan terminal TerraStat Charge Dissipation System dan terminal TerraStreamer Early Streamer Emission (ESE). TerraStat dicipta bagi mengurangkan risiko kilat menyambar bangunan dimana ianya telah dipasang. Terminal TerraStreamer pula dapat melindungi kawasan dan bangunan yang luas secara aktif.
Jabatan kejuruteraan kami berupaya mencipta sistem TerraStat dan TerraStreamer yang mana boleh digunakan berpandukan mana-mana bangunan komersial atau bangunan industrial, struktur ketenteraan, fasiliti petrokimia, pengkalan data, sistem telekomunikasi, rangkaian tanpa wayar, tangki simpanan atau mana-mana fasiliti yang perlu akan perlindungan dari kilat.
Pengguna boleh meyakini kualiti, prestasi dan ketahanan produk Alltec Corporation. Tambahan kepada rangkaian produk TerraDyne, TerraStat, dan TerraStreamer, Alltec juga menghasilkan peralatan TerraWeld “Exothermic Welding” . TerraWeld adalah sistem asas yang mana harganya berpatutan dan konsep penyambungan secara kekal.
Produk PowerTrip Transient Voltage Surge Suppression kami dihasilkan menggunakan komponen yang berteknologi tinggi yang mana antara yang terbaik. TerraBar Bus Bars adalah peralatan “equipotential bonding plates” dan boleh diubahsuai berpandukan kehendak ,keperluan atau spesifikasi pelanggan. Juga terdapat produk lain yang berkaitan seperti peralatan sistem pengagihan elektrikal, peralatan pemeriksaan nilai rintangan bumi, alat pengiraan kilat, dan peralatan penyambungan. Kami juga menghasilkan komponen sistem perlindungan kilat tradisional atau sistem perlindungan kilat yang asas.
Alltec Corporation sentiasa memperkembangkan, menilai dan menaiktaraf teknologi sistem perlindungan kilat, pembumian, peralatan penjagaan kualiti bekalan dan pelbagai lagi peralatan atau produk lain untuk kegunaan pengguna. Kejituan, kesesuaian, dan keberkesanan teknologi kami adalah berpandukan situasi semasa adalah dijamin keberkesanannya. Kami berharap dapat bekerjasama dengan klien atau pengguna baru agar kami dapat menawarkan servis dan produk yang berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan mereka.




